1. Kemahiran memegang raket
Terdapat
dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas.
Teknik pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari,
manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian pemegang raket yang
rata.
2. Kemahiran servis
Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas.
a. Servis TinggiServis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.
Ø Berdiri dalam petak servis
Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan
Ø Berat badan di kaki belakang
Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang
Ø Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis
Ø Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket
Ø Pindahkan berat badan ke kaki hadapan
b. Servis Rendah
Servis
rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis
yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk
melakukan serangan.
Ø Berdiri di dalam petak servis
Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan
Ø Pegang bulu tangkis separas pinggang
Ø Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi
Ø Mata ke arah bulu tangkis
Ø Kunci pergelangan tangan
Ø Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang
Ø Kontak bulu tangkis pada tengah raket
c. Servis Kilas
Servis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan
Ø Berdiri dalam petak servis
Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
Ø Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket
Ø Berat badan berada di kaki hadapan
Ø Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan
a. Pukulan Hadapan
Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan. Pukulan bulu tangkis laju dan deras.
Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan
Ø Bawa raket ke belakang dengan siku refleksi
Ø Pergerakan pergelangan tangan dikunci
Ø Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan ketinggian jarring
b. Pukulan Kilas
Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas
Ø Pada kedudukan sedia
Ø Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
Ø Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada
Ø Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu
c. Pukulan Lob
Pukulan
lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan melakukan
serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan pemain kembali
ke posisi bersedia
Ø Pada kedudukan sedia
Ø Pegang raket dengan teknikpegang depan
Ø Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala didongakkan
Ø Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi
Ø Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala
Smesy
adalah pukulan junam dengan tujuan mematikan permainan pihak lawan.
Lompatan dilakukan untuk menambah daya bagi menghasilkan kelajuan bulu
tangkis. Teknik melakukan smesy ialah:
Ø Pada kedudukan sedia
Ø Pegang raket mengikut teknik pegang depan
Ø Raket diayunkan ke belakang kepala, siku fleksi
Ø Kedudukan badan di belakang bulu tangkis
Ø Kontak bulu tangkis semasa bulu tangkis berada di atas depan kepala, setinggi yang boleh dicapai.
Pemain
berada di posisi untuk melakukan pukulan balas. Kebanyakan gerak kaki
adalah terarah ke sisi atau bergerak ke hadapan ataupun ke belakang
dengan langkah-langkah yang berbeza.
Asas pergerakan kaki
a. Gerak kaki ke belakang
Ø Kaki kanan bergerak atau undur dahulu ke belakang
Ø Diikuti dengan kaki kiri. Kedua-dua kaki fleksi
Ø Kaki kanan bergerak selangkah ke belakang dan lakukakan pukulan
b. Bergerak ke hadapan
Ø Gerak kaki ke hadapan
Ø Kaki kanan bergerak ke hadapan
Ø Kedua-dua kaki fleksi. Kaki kanan bergerak menjangkau jauh ke sisi kanan
Ø Diikuti kaki kiri dengan langkah yang pendek
Ø Kaki kanan fleksi dan kaki kiri hampir lurus
Ø Selepas melakukan pukulan, undur semula pada kedudukan sedia
c. Bergerak ke sisi
Ø Bergerak ke kanan fleksi, kaki kiri ekstensi.
Ø Lakukan pukulan dan balik semula pada kedudukan sedia.
MAIN GAME DAPAT UANG YUK DI LIGABINTANG!!
BalasHapusBONUS DEPOSIT HARIAN 10%!
BISA DEPOSIT PULSA DAN E-WALLET
GAME TERLENGKAP, BARU DAN DAPAT BOCORAN RTP MAXWIN
✅Minimal Deposit 50rb ✅Minimal Withdraw 50rb
AYO DAFTAR BOSKU ^^
WA : +855 96 399 1241 Link : linkliga.com